top of page

Our Recent Posts

Tags

LATAR BELAKANG SYARIKAT

  • burgerkhadijah0
  • May 29, 2018
  • 1 min read

JUARA RASA MAJU SDN BHD (JUARA) telah diperbadankan pada 21 julai 2000 tetapi hanya bergerak aktif pada tahun 2004 sebagai pembekal utama burger melalui pengilangan berkontrak bersama PRIMA AGRI PRODUCTS SDN BHD(PRIMA) sehingga akhir tahun 2007 dan pada 2008 Juara mengeluarkan produknya sendiri iaitu daging burger, nugget, daging kisar, bebola dan lain-lain yang berasaskan daging dan ayam di pusat perindustrian Sg. Chua, Kajang, Selangor atas jenama Khadijah. Juara adalah syarikat yang dimiliki 100% oleh bumiputera islam dengan di terajui oleh seorang usahawanita bernama Samsuria Binti Wahab selaku pengarah urusan dengan di bantu oleh 24 kakitangan pelbagai peringkat. Juara memastikan semua barangan yang dikeluarkan benar-benar Halal & suci tanpa kompromi dan itulah mesej Juara agar seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam mengamalkan pemakanan yang bersih, sihat,halal dan suci. Setelah setahun penyelidikan & dan pembangunan di lakukan pada 2007/2008 akhirnya burger khadijah semakin mendapat tempat diasaran terutamanya dikalangan peniaga,peruncit dan pengguna. Oleh itu, pasaran seterusnya adalan pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia agar semua pengguna dapat membeli terus tanpa melalui agen-agen burger yag dilantik. Juara memperolehi sijil Halal dari Jakim, Sijil APK dari SIRIM, Sijil MesTi dari Jabatan Kesihatan, Sijil GPHV dari Jabatan Vaterinar, 1 Malaysia Best dari FAMA, sijil Kementrian kewangan dan kini Juara sedang mengiatkan perancangan pensijilan yang lain seperti GMP dan HACCP.


 
 
 

Comments


Contact

03-87334597

©2018 by burger khadijah. Proudly created with Wix.com

bottom of page